KonLLik Israel-Palestin merupakan satu pertikaian yang masih berlangsung antara
Israel dan orang
Arab Palestin. Konflik Israel-Palestin ini merupakan sebahagian daripada
Konflik Arab-Israel yang lebih besar. Pada dasarnya, konflik kini merupakan pertikaian antara dua kumpulan mengenai tuntutan kawasan tanah yang sama. Banyak percubaan telah dibuat untuk membantu mencipta sebuah "
penyelesaian dua negara" yang melibatkan penciptaan sebuah negara Palestin merdeka di samping Israel. Pada masa ini, kebanyakan orang Israel dan Palestin bersetuju bahawa sebuah penyelesaian dua negara merupakan cara yang terbaik untuk menamatkan konflik, menurut banyak tinjauan pendapat yang utama.
[1][2] Kebanyakan orang Palestin melihatkan
Tebing Barat dan
Jalur Gaza sebagai sebahagian kawasan negara masa hadapan, suatu sudut pandangan yang juga diterima oleh kebanyakan orang Israel.
[3] Walaupun demikian, sebilangan ahli akademik yang kecil menyokong
penyelesaian satu negara, dengan semua kawasan Israel, Jalur Gaza, dan Tebing Barat menjadi sebuah
dwinegara dengan hak yang sama untuk semua penduduk.
[4][5] Bagaimanapun, terdapat banyak percanggahan pendapat yang utama tentang bentuk persetujuan mutakhir serta tahap keandalan kedua-dua pihak terhadap komitmen asas masing-masing. Terdapat banyak pemain dalam negeri serta pemain antarabangsa yang terbabit dalam konflik ini. Pihak perunding langsung ialah
kerajaan Israel yang diketuai oleh
Ehud Olmert dan
Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang diketuai oleh
Mahmoud Abbas. Perundingan rasmi diantarakan oleh sebuah kontingen antarabangsa yang dikenali sebagai
Kuartet Timur Tengah yang terdiri daripada
Amerika Syarikat,
Rusia,
Kesatuan Eropah,
Pertubuhan Bangsa Bersatu, dan diwakili oleh utusan khas yang kini merupakan
Tony Blair.
Liga Arab merupakan pemain yang penting yang telah mencadangan
rancangan keamanan alternatif.
Mesir, anggota pengasas Liga Arab, merupakan
peserta yang utama dari segi sejarah.Sejak tahun 2006, pihak Palestin telah dipecah belah oleh
konflik antara dua puak yang utama:
Fatah, parti yang terbesar, dan
Hamas, sebuah kumpulan militan
Islam. Oleh sebab itu, wilayah yang dikuasai oleh
Pihak Berkuasa Nasional Palestin (kerajaan interim Palestin) berpecah belah antara Fatah di Tebing Barat dengan Hamas di Jalur Gaza. Hal ini terbukti menimbulkan masalah kerana Hamas dianggap sebagai sebuah pertubuhan pengganas oleh Israel dan banyak negara yang lain.
[6] Oleh itu, walaupun Hamas memenangi
pilihan raya Palestin 2006, ia tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebarang perundingan rasmi.
Pusingan perundingan keamanan terkini yang bermula di
Annapolis, Amerika Syarikat pada bulan November 2007 bertujuan untuk mencapai ketetapan mutakhir menjelang akhir tahun
2008.
[7] Semua pihak bersetuju bahawa adanya enam teras atau 'status akhir' yang merupakan persoalan yang mesti diselesaikan:
Jerusalem,
pelarian,
petempatan,
keselamatan,
sempadan, dan
air.
[8]Dalam kalangan masyarakat Israel dan Palestin, konflik ini menjanakan
berbagai-bagai pandangan dan pendapat (sila lihat juga
pandangan Israel tentang proses keamanan dalam konflik Israel-Palestin dan
pandang Palestin tentang proses keamanan). Hal ini bertindak untuk menonjolkan percanggahan pendapat yan=, bukan sahaja antara orang Israel dengan orang Palestin, tetapi juga antara mereka sendiri.Ciri utama konflik ini ialah
tahap keganasan yang disaksikan pada sepanjang konflik tersebut.
Korban perang yang diadakan oleh askar tetap, kumpulan separa tentera, dan sel pengganas tidak hanya terhad kepada para tentera, malahan banyak nyawa orang awam bagi kedua-dua pihak juga dikorbankan.